Nama |
Rudiana binti Mat Hassan |
Umur | 41 Tahun |
Alamat |
Lot 1474, Simpang 3 Ijok 45600 Bestari Jaya. |
Latar Belakang
Puan Rudiana binti Mat Hassan merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Dengan minat ynag ada pada dirinya tentang jahitan, beliau menjalankan perniagaannya dirumah dengan mengambil tempaha jahitan pelbagai jenis baju. Beliau sudah ceburi bidangjahitan ini selama 15 tahun dna mula mengambil tempaha jahitan pada 2003. Beliau juga ada mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum ini, beliau hanya memberitahu mengenai tempahan jahitannya kepada saudara maranya dan rakan terdekat. Pada ketika itu, beliau hanya mengambil tempahan baju kurung dan baju melayu sahaja. Disebabkan ketika itu, beliau hanya mengetahui asas jahitan dua jenis baju itu sahaja. Dan beliau tidak mahu mengambil risiko untuk mengambil tempahan yang banyak. Dalam pada masa yang sama, beliau mula terifkir perlu memperluaskan perniagaannya itu. Beliau mula mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan untuk menambahkan lagi kemahiran jahitan beliau untuk menjahit pelbagai jenis baju yang lain.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, kini beliau mempromosikan perniagaan jahitan beliau melalui hebahan di WhatsApp, Facebook dan menggunakan kaedah yang lain. Tempahan jahitan beliau kini bukan sahaja mendapat perhatian daripada orang orang yang terdekat sahaja, malah orang lain juga turut membuat tempahan jahitan kepada beliau. Kini, beliau membuka tempaha jahitan pelbagai jenis baju seperti baju kurung moden, jubah dan fesyen mengikut permintaan pelanggan. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan dan turut menyertai kelas/aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Pekan Ijok. Dengan adanya maklum balas yang positif daripada pelanggannya,dapat meningkatkan lagi kepercayaan untuk menempah pelbagai jenis baju kepada beliau.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeIdb747468862
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Suri Hasril bt Che Mat |
Umur | 36 Tahun |
Alamat |
No 16 lorong 8/1c Syeksyen 8 Kota puteri, Ijok |
Latar Belakang
Puan Suri Hasril bt Che Mat merupakan seorang guru kafa dan mempunyai 5 orang anak.. Bagi menambahkan pendapatan keluarga , beliau mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan menjual pelbagai makanan dan produk. Namun begitu, pada tahun 2016, beliau telah mengambil keputusan untuk menjual produk Nurraysa secara serius.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum mengunakan aplikasi ict dan secara talian beliau hanya menghebahkan dan menjual produk Nurraysa melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan sekerja , saudara-mara dan penduduk kampong dan taman berdekatan rumah beliau. Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar perniagaan produk Nurraysa yang beliau jual lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang serta mendapat banyak tempahan. Bagi meningkatkan jualan beliau telah banyak berfikir dan berikhtiar serta mengeluarkan kos bagi melariskan produk tersebut. Akhirnya , beliau telah didedahkan dengan promosi melalui facebook, Instagram, whatsapp dan pengedaran risalah dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang telah diberikan beliau mula membuat iklan di facebook, Instagram, whatssap dan sebagainya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Ijok untuk membuat promosi produk Nurraysa yang terbaru ke dalam facebook . Maklumbalas dari pengguna dan pembeli adalah baik sekali dan sekaligus beliau mendapat banyak tempahan. Testimoni pelanggan yang di muat naik di laman facebook beliau banyak meningkatkan kepercayaan pembeli lain untuk mencuba dan membeli produk Nurraysa yang beliau jual. Kini beliau banyak menggunakan media massa untuk mempromosikan perniagaan beliau kerana ia lebih banyak menguntungkan dan memberi kepuasan yang maksimum serta menjimatkan kos.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeId00b56aeaa2
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Nurul Azidah binti Mohd Yusre |
Umur | 24 Tahun |
Alamat |
Lot 1844 Batu 7 Ijok Jalan Rose 45600 Bestari Jaya |
Latar Belakang
Puan Azidah merupakan seorang suri rumah tangga. Sementara beliau menunggu jawapan daripada syarikat yang beliau memohon pekerjaan itu, Puan Azidah cuba mengambil peluang yang ada untuk menjadi ejen untuk produk Sambal Hantu Puaka Mengilai.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Puan Azidah hanya mempromosikan perniagaannya kepada saudara-mara, dan kawan kawannya. Pada ketika itu, beliau hanya mengambil beberapa stock sahaja iaitu sambal bilis petai extra pedas dan sambal ikan masin cili api sahaja. Beliau belum berani untuk menanggung risiko dengan mengambil stock yang banyak. Tetapi dengan adanya sokongan daripada keluarga dan kawan-kawannya yang sering membeli barang jualan beliau, Puan Azidah menambahkankan lagi beberapa stock sambal iaitu sambal bilis cili api dan sambal extra pedas.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, beliau mempromosikan perniagaan beliau di Facebook dan menghebahkan risalah kepada penduduk kampung. Beliau sangat berpuas hati dengan perniagaannya dan beliau telah berani menanggung risiko untuk mengambil stock yang banyak kerana beliau percaya ramai pembeli yang menyukai sambal yang dijual oleh beliau. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempromosikan perniagaannya. Dengan adanya testimoni pelanggan yang positif, dapat meningkatkan lagi kepercayaan pembeli dan secara tidak langsung perniagaan beliau meningkat dan berkembang.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeIdf69ec995ac
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Iffat Arif Bin Mohd Azmanul Mohsi |
Umur | 13 Tahun |
Alamat |
Batu 7 Ijok, Jalan Orkid 1 45600 Bestari Jaya |
Latar Belakang
Iffat Arif Bin Mohd Azmanul Mohsi merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Beliau hanya mengetahui serba sedikit mengenai asas komputer. Oleh itu beliau telah berkunjung dan mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempelajari modul yang berkaitan dengan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas dan latihan di Pusat Internet Pekan Ijok, adik Iffat hanya menggunakan komputer dirumahnya dengan bermain game dan melayari Youtube.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas dan latihan yang telah diadakan di Pusat Internet Pekan Ijok,, adik Iffat boleh menggunakan komputer dengan baik dan boleh mencari maklumat berkaitan pembelajaran. Beliau juga telah mahir dalam Microsoft Office seperti Word, Excel dan Powerpoint.
____________________________________________________________________________________________________
Nama |
Zamilah Binti Zainal Abidin |
Umur | 40 Tahun |
Alamat |
No 12, Lorong Purnama 3, Taman Purnama, Rantau Panjang, 45600 Bestari Jaya, Selangor |
Latar Belakang
Puan Zamilah merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Dalam pada masa yang sama, beliau ingin membantu suaminya untuk mencari pendapatan sampingan dengan menceburi bidang perniagaan. Dengan minat yang ada untuk berniaga, Puan Zamilah mengambil peluang yang ada untuk menjalankan perniagaan sendiri di rumah dengan bermodalkan RM300.00 sahaja. Kini, beliau sudah menjalankan perniagaan selama empat tahun.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum beliau memperluaskan perniagaan, Puan Zamilah hanya mempromosikan perniagaannya kepada saudara-mara, kawan-kawan dan penduduk taman terdekatnya. Pada ketika itu, beliau hanya menjual aiskrim dan beberapa jenis kuih raya sahaja. Beliau cuba untuk menambahkan pelbagai barangan yang hendak dijual untuk menarik perhatian orang ramai. Dengan penambahan barangan yang lain, beliau tidak menyangka bahawa sambutan sangat memberansangkan daripada orang ramai untuk membeli barangan yang dijual oleh beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, beliau mempromosikan perniagaan beliau di Facebook dan mengedar risalah dari rumah ke rumah, Beliau sangat berpuas hati dengan perniagaan nya kerana bukan orang terdekatnya sahaja yang mengetahui kewujudan perniagannya malah orang luar juga turut membeli pelbagai barang jualannya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempromosikan perniagaannya. Dengan adanya testimoni pelanggan yang positif, dapat meningkatkan lagi kepercayaan pembeli. Kini beliau menawarkan khidmat hantar ke rumah untuk memudahkan lagi urusan para pelanggannya.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeId9194de2e33
____________________________________________________________________________________________________