Nama  Zarin Fathiha Binti Zakariah
Umur  22 Tahun

 

 

 

Latar Belakang

Cik Zarin Fathiha bt Zakaria merupakan seorang lepasan ahli sijil perniagaan dari kolej swasta. Selepas menamatkan pengajian, beliau cuba mencari pekerjaan namun nasib tidak menyebelahi beliau. beliau tidak dapat pekerjaan yang sesuai. Akhirnya pada tahun 2016, beliau mula mengumpul modal sedikit demi sedikit untuk memulakan perniagaan perkhidmatan dobi di rumahnya sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum meluaskan perniagaan perkhidmatan dobi beliau hanya menggunakan medium risalah dan hebahan mulut ke mulut kepada rakan rakan, saudara mara dan penduduk kampung. Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar perniagaannya mendapat lebih sambutan dan dikenali lebih ramai orang. Beliau telah didedahkan dengan promosi melalui Facebook, Instagram, Whatsapp dan pengedaran risalah dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkannhya dalam perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempraktikkannya ilmu yang diberi, beliau mula mendapat tempahan tetap dan berskala lebih besar seperti Universiti terdekat (UNISEL). Oleh itu, pada tahun 2017, beliau telah menjadi ahli Pusat Internet Pekan Ijok dan sering menggunakan perkhidmatan di PI untuk mempromosikan perniagaan perkhidmatan dobi beliau. Cik Zarin Fathiha telah mempromosikan perkhidmatan di Facebook dan Instagram. Bagi menarik perhatian pelanggan beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran dan menambahkan lagi peralatan seperti mesin basuh. Testimoni pelanggan yang dimuatnaik dilaman Facebook beliau banyak meningkatkan kepercayaan pembeli lain untuk mencuba perkhidmatan beliau. Kini perkhidmatan dobi beliau dibuka setiap hari diruang perniagaan dirumah beliau.

 

WhatsApp Image 2018 03 16 at 3.27.44 PM WhatsApp Image 2018 03 16 at 3.27.45 PM 1 WhatsApp Image 2018 03 16 at 3.27.45 PM

Nama  Puan Mazuin binti Sanip
Umur  36 Tahun
Alamat Rizab 4 Batu 8 Ijok

 

Latar Belakang

Pn. Mazuin binti Sanip merupakan seorang suri rumahtangga. Bagi menambah pendapatan keluarga, beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Pada tahun 2014, beliau menubuhkan Mazuin Sanip Enterprise yang menjual maruku berempah dan kek marbel. Pada awalnya beliau hanya menjual kepada rakan-rakan dan penduduk kampung tetapi melihat kepada sambutan yang menggalakan beliau mula menjual secara serius dan mengambil tempahan dengan lebih banyak.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum memasarkan produknya menggunakan medium Facebook beliau hanya menerima tempahan melalui rakan-rakan , saudara mara dan penduduk kampung. Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar produknya lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang. beliau telah didedahkan dengan promosi melalui Facebook, Instagram , Whatsapp dan pengedaran risalah dan belaiau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempratikkan ilmu yang di beri, produk beliau semakin dikenali dan tempahan terhadap produk beliau semakin meningkat. Beliau telah menambah produk seperti kek marbel untuk tempahan. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di PI untuk mempromosikan produk maruku berempah dan kek marbel. Testimoni pelanggan yang dimuat naik di laman facebook beliau banyak meningkatkan kepercayaan pembeli lain untuk mencuba dan membeli produk beliau. Kini beliau telah mengambil tempahan bersekala besar dan C.O.D . Kini beliau sering mendapat tempahan semasa majlis perkahwinan, perayaan dan hari hari biasa

 

                                      IMG 20171210 WA0016        IMG 20171224 WA0001