Nama 

Suri Hasril bt Che Mat

Umur  36 Tahun
Alamat

No 16 lorong 8/1c Syeksyen 8 Kota puteri, Ijok

 

Latar Belakang

Puan Suri Hasril bt Che Mat merupakan seorang guru kafa dan mempunyai 5 orang anak.. Bagi menambahkan pendapatan keluarga , beliau mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan menjual pelbagai makanan dan produk. Namun begitu, pada  tahun 2016, beliau telah mengambil keputusan untuk menjual produk Nurraysa  secara serius.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum mengunakan aplikasi ict dan secara talian beliau   hanya  menghebahkan dan menjual produk Nurraysa melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan sekerja , saudara-mara dan penduduk kampong dan taman berdekatan rumah beliau. Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar perniagaan produk Nurraysa yang beliau jual lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang serta mendapat banyak tempahan. Bagi meningkatkan jualan beliau telah banyak berfikir dan berikhtiar serta mengeluarkan kos bagi melariskan produk tersebut. Akhirnya , beliau telah didedahkan dengan promosi melalui facebook, Instagram, whatsapp dan pengedaran risalah dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempraktikkan ilmu yang telah diberikan beliau mula membuat iklan di facebook, Instagram, whatssap dan sebagainya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di  Pusat Internet Pekan Ijok untuk membuat promosi produk Nurraysa   yang  terbaru ke dalam facebook .  Maklumbalas dari pengguna dan pembeli adalah baik sekali dan sekaligus beliau mendapat banyak tempahan. Testimoni pelanggan yang di muat naik di laman facebook beliau banyak meningkatkan kepercayaan pembeli lain untuk mencuba dan membeli produk Nurraysa yang beliau jual. Kini beliau banyak menggunakan media massa untuk mempromosikan perniagaan beliau kerana ia lebih banyak menguntungkan dan memberi kepuasan yang maksimum serta menjimatkan kos.

____________________________________________________________________________________________________