MASJID NURUL IMAN KAMPUNG IJOK, KUALA SELANGOR - Kemudahan awam yang terdapat di Pekan Ijok boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Salah satunya Masjid Nurul Iman yang terletak di tepi Jalan Ros 2, Ijok. ia merupakan tempat ibadah bagi umat islam yang utama dan menjadi kunjungan ramai penduduk. samada penduduk kampung mahupun penduduk luar.

 

 

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN IJOK - Dibina pada tahun 01.04.1947 dengan kerjasama penduduk kampung ijok. Pada tahun tersebut hanya terdapat 3 bilik darjah sahaja dengan bilangan murid seramai 85 orang. namun, kini Sekolah Rendah Kebangsaan ijok semakin berkembang dengan bilangan bilik darjah yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak 16 buah termasuk 2 buah bilik darjah prasekolah. Siapa sangka , yang dahulunya hanyalah sekolah yang sedikit bilangannya dengan prasarana yang kurang, kini menjadi sebuah sekolah yang semakin meningkat naik dan menjadi tempat pembelajaran utama bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.