Nama |
Amirul Hisham bin Zainuri |
Umur | 13 Tahun |
Alamat |
Simpang 3 Ijok, 45600 Bestari Jaya |
Latar Belakang
Adik Amirul Hisham bin Zainuri merupakan seorang pelajar tingkatan 1. Ibu bapanya memberi peranan utama dan memberi dorongan kepada adik Amirul untuk belajar mengenali asas-asas komputer dan belajar ICT. Ibu bapa adik Amirul membuat keputusan menghantar ke Pusat Internet Pekan Ijok untuk adik Amirul belajar dan membuat latihan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum ini adik Amirul hanya mengetahui melayari Youtube untuk menonton video kegemarannya dan teknik untuk mencari maklumat di internet bagi tujuan pembelajaran juga kurang tepat. Beliau tidak tahu di Youtube juga mempunyai tutorial pembelajaran.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah beliau mengikuti kelas dan latihan yang disediakan oleh Pusat Internet Pekan Ijok, kemahiran berkomputer beliau sangat memuaskan. Adik Amirul juga sangat rajin dan focus ketika dalam sesi latihan. Adik Amirul mempelajari asas Microsost Office dan menghadiri bengkel perkakasan komputer dan sebagainya. Dengan kemahiran yang ada pada adik Amirul, beliau dapat mengetahui penggunaan komputer dengan betul.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeIdd014cdc963
Nama |
Nor Hamizah bt Maat Halime |
Umur | 32 Tahun |
Latar Belakang
Puan Nor Hamizah merupakan seorang operator kilang di sebuah syarikat swasta. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Bagi meringankan bebanan kewangan dan menambah pendapatan keluarga beliau telah menceburi dalam perniagaaan secara kecil-kecilan. Pada tahun 2018, beliau menceburi bidang perniagaan menjual pakaian kanak-kanak dan dewasa di kampung beliau.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Puan Nor Hamizah hanya mempromosikan perniagaannya kepada saudara-mara, dan kawan kawannya serta penduduk kampung. Pada ketika itu, beliau hanya mengambil beberapa stock pakaian kanak-kanak sahaja untuk dijual. Beliau belum berani untuk menanggung risiko dengan mengambil stock yang banyak. Tetapi dengan adanya sokongan daripada keluarga dan kawan-kawannya yang sering membeli barang jualan beliau, Puan Nor Hamizah menambahkankan lagi beberapa stock pakaian untuk dijual.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, beliau mempromosikan perniagaan beliau di Facebook dan menghebahkan risalah serta whatsaap kepada penduduk kampung. Beliau sangat berpuas hati dengan perniagaannya dan telah mempergiatkan usaha dengan menambah promosi di facebook dengan mengiklankan pelbagai jenis pakaian kanak-kanak dan dewasa. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempromosikan perniagaannya. Dengan adanya testimoni pelanggan yang positif, dapat meningkatkan lagi kepercayaan pembeli dan secara tidak langsung perniagaan beliau meningkat dan berkembang.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeId9c7791de8c
Nama |
Nazatul Nuraniza binti Khairul Amar |
Umur | 13 Tahun |
Latar Belakang
Nazatul Nuraniza binti Khairul Amar merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Adik Nazatul telah berdaftar untuk menjadi ahli Pusat Internet disebabkan ingin mempelajari dan mengikuti latihan asas ICT mingguan yang disediakan oleh Pusat Internet Pekan Ijok.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum ini, adik Nazatul hanya mengetahui untuk melayari Youtube sahaja dan adik Nazatul mengakui yang beliau juga tidak begitu mahir dengan kemahiran berkomputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas dan latihan, adik Nazatul telah mahir mengendalikan komputer dengan baik dan boleh mencari maklumat yang betul di internet. Bukan itu sahaja, malah adik Nazatul begitu mahir dalam membuat latihan asas Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Selain itu, adik Nazatul juga telah mempelajari mengedit video online.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeId4b7c9d6660
Nama |
Norliyana Izdihar Bt Abdullah |
Umur | 29 Tahun |
Alamat |
No 15, Jalan 10, Taman Cempaka Sari, 45600 Bestari Jaya, Selangor |
Latar Belakang
SIL Bakery nama diberi oleh Puan Liyana untuk nama perniagaan disebabkan beliau menjual pelbagai aneka biskut. Puan Liyana menetap di Taman Cempaka Seri, Ijok. Beliau merupakan suri rumah tangga dan beliau mengambil peluang ini untuk berniaga sepenuh masa untuk menambah pendapatan sampingan keluarganya. Selain itu, beliau juga minat terhadap bidang kulinari dan bakeri. Puan Liyana telah menjalankan perniagaan bakerinya selama 7 tahun sehingga ke hari ini.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Pada mula dalam perniagaan, Puan Liyana memperkenalkan perniagaannya hanya kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan dengan memberi “tester” terlebih dahulu. Beliau akui cabaran dan risiko untuk memulakan perniagaan adalah untuk mencari pelanggan. Dengan maklum balas yang positif daripada kenalan terdekat dan sokongan dari ahli keluarga, Puan Liyana mencuba untuk memperkenalkan produknya melalui media sosial iaitu melaui Facebook dan WhatsApp. Pada saat itu, beliau melihat perniagaannya mula berkembang dan mempunyai pelanggan yang tetap.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah melihat peningkatan pada perniagaanya, beliau tidak melepaskan peluang untuk meletakkan aneka biskut di kedai-kedai dan di kantin sekolah. Puan Liyana juga berkongsi tips bahawa jika kita mempromosikan jualan melalui media sosial, peniaga perlu memasukkan gambar yang jelas dan ayat ayat yang menarik untuk menarik minat pelanggan. Selain itu, beliau membuat penambahbaikan packaging yang lebih menarik. Dengan adanya testimoni yang sangat positif daripada pelangganya, beliau menambahkan jualan roti pula untuk memuaskan hati pelanggan. Beliau juga turut mengambil tempahan untuk pelbagai majlis.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeIdcc4c6e0e1f
Nama |
Suzila binti Umar |
Umur | 38 Tahun |
Latar Belakang
Puan Suzila merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan tinggal di Pekan Ijok. Beliau memilih untuk berniaga separuh masa untuk dijadikan sebagai kerjaya. Dengan minat yang ada dalam dirinya, beliau meneruskan perniagaan untuk meningkatkan penilaian dirinya. Bukan itu sahaja, dengan berniaga Puan Suzila dapat membantu serba sedikit ahli keluarganya untuk menambah pendapatan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum beliau memperkenalkan perniagaannya di media sosial, Puan Suzila hanya menjalankan berniaga di tepi jalan sahaja. Beliau akui jika tidak memaklumkan perniagaannya di media sosial pasti tiada mendapat sambutan orang ramai dan sukar mencari pelanggan tetap. Jadi beliau mengambil keputusan untuk memperluaskan perniagaan beliau dengan mempromosikan perniagaannya di Facebook, Instagram dan juga Whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempromosikan perniagaannya di media sosial, Puan Suzila sering mengiklankan perniagaan pada masa ‘pick hour’. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti program usahawan seperti di sekolah, pejabat dan sebagainya. Untuk menarik perhatian lagi kepada orang ramai, beliau membuat penambahbaikan perniagaan beliau dengan membuat ‘food testing’ dan mempelbagaikan jualan. Dengan adanya testimoni yang positif dapat meningkatkan lagi penjualan beliau. Setiap kali ada pelanggan yang membeli, Puan Suzila tidak kedekut untuk berkongsi kelebihan dan khasiat yang terdapat dalam produk beliau untuk memuaskan hati pelanggan.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeId0146b71aa5