Kebanyakan masa penduduk wanita di Kampung Ijok padat dengan aktiviti keagamaan seperti kelas agama dan bacaan Yasin. Malahan kelas bacaan Yasin seringkali diadakan di rumah pengajar yang merupakan penduduk Kampung Ijok sendiri ataupun di Masjid Nurul Iman yang biasanya diadakan pada hari Rabu. Disamping aktif dengan kelas keagamaan, wanita di kampung ini turut mengadakan kelas masakan pada setiap hari Khamis di bangunan KEMAS.
Wanita di Kampung Ijok merupakan antara wanita di kampung ini yang aktif dalam pelbagai bidang. Selain melibatkan diri dalam aktiviti kewanitaan segelintir wanita kampung juga aktif berniaga seperti membuka kedai makan, kedai runcit dan pelbagai lagi. Walaupun sibuk dengan aktiviti masing-masing, mereka masih berkesempatan menyertai aktiviti gotong-royong dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim.