Nama |
Nurul Azidah binti Mohd Yusre |
Umur | 24 Tahun |
Alamat |
Lot 1844 Batu 7 Ijok Jalan Rose 45600 Bestari Jaya |
Latar Belakang
Puan Azidah merupakan seorang suri rumah tangga. Sementara beliau menunggu jawapan daripada syarikat yang beliau memohon pekerjaan itu, Puan Azidah cuba mengambil peluang yang ada untuk menjadi ejen untuk produk Sambal Hantu Puaka Mengilai.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Puan Azidah hanya mempromosikan perniagaannya kepada saudara-mara, dan kawan kawannya. Pada ketika itu, beliau hanya mengambil beberapa stock sahaja iaitu sambal bilis petai extra pedas dan sambal ikan masin cili api sahaja. Beliau belum berani untuk menanggung risiko dengan mengambil stock yang banyak. Tetapi dengan adanya sokongan daripada keluarga dan kawan-kawannya yang sering membeli barang jualan beliau, Puan Azidah menambahkankan lagi beberapa stock sambal iaitu sambal bilis cili api dan sambal extra pedas.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, beliau mempromosikan perniagaan beliau di Facebook dan menghebahkan risalah kepada penduduk kampung. Beliau sangat berpuas hati dengan perniagaannya dan beliau telah berani menanggung risiko untuk mengambil stock yang banyak kerana beliau percaya ramai pembeli yang menyukai sambal yang dijual oleh beliau. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempromosikan perniagaannya. Dengan adanya testimoni pelanggan yang positif, dapat meningkatkan lagi kepercayaan pembeli dan secara tidak langsung perniagaan beliau meningkat dan berkembang.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/247-keusahawanan-q3-2018-sambal-hantu-puaka-mengilai#sigFreeIdf69ec995ac
____________________________________________________________________________________________________