Tarikh | 12 Februari 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi di group whatsapp Pusat Internet berkenaan Ciri - Ciri Akaun Palsu yang komuniti perlu tahu bagi mengelakkan kes penipuan dalam kalangan pengguna internet atau pun media sosial.
Petugas berkongsi maklumat kepada seluruh penduduk setempat.
Tarikh | 6 Februari 2022 |
Masa | 2.00-3.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Pelajar |
Tujuan.
PEDi Ijok telah menjadi pusat untuk komuniti mengikuti kelas tambahan iaitu e-Tuisyen yang dianjurkan oleh pihak MSD. E-Tuisyen pada kali ini adalah matapelajaran English (MUET). Pelajar yang mengikuti kelas ini adalah berumur dari 15-18 tahun dimana mereka belajar cara berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dan juga cara untuk menjawab peperiksaan MUET. Kelas ini dijalankan menggunakan zoom meeting bagi mengikut saranan kerajaan untuk menjaga SOP pada musim pandemik ini.
Petugas memberikan link zoom berkenaan kelas MUET yang dijalankan.
Tarikh | 23 Januari 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Ijok menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya penggunaan internet secara percuma dengan menjadi ahli sebanyak RM5 untuk seumur hidup. Pelajar UITM telah menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian dan ini memudahkan mereka untuk mendapatkan talian internet yang bagus dan lanjar sepanjang peperiksaan berlangsung.
Petugas menerangkan secara ringkas penggunaan internet dengan baik.
Tarikh | 25 Januari 2022 |
Masa | 2.30-4.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Petugas PEDI |
Tujuan.
Petugas PEDi Ijok telah mengikuti Sesi Latihan anjuran daripada Aurora Health iaitu mengenai pengenalan produk baharu bagi Aurora Health. Aurora Health memperkenalkan dua produk baharu mereka iaitu susu kambing juga minyak untuk rawatan luaran. Aurora Health memberi penerangan dari segi kebaikan dan juga cara penggunaan produk tersebut.
Beberapa petugas dari PEDi seluruh kawasan mengikuti sesi latihan ini.
Tarikh | 14 Januari 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi di group whatsapp Pusat Internet berkenaan bagaimana untuk tangani berita palsu di media sosial. Para pengguna media sosial perlu membaca berita sepenuhnya bukan hanya membaca tajuk berita. Elakkan membaca tajuk utama kerana ianya tidak selalu menyampaikan keseluruhan berita tersebut.
Petugas berkongsi maklumat kepada seluruh penduduk setempat.