Tarikh  18 Oktober 2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

klik dengan bijak 1

Tujuan.

Pusat Internet Komuniti Pekan Ijok telah berkongsi di laman sosial iaitu di page Facebook Pusat Internet Ijok berkenaan Pakej Peranti Keluarga Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah kemudahan keluarga untuk memiliki alat peranti pintar agar tidak ketinggalan dalam meneruskan kelangsungan hidup.Peranti tersebut adalah peranti mudah alih 4G dan Volte, RM0 untuk peranti yang dapat dimiliki dengan langganan bulanan serendah RM40 sebulan dan 30GB data percuma sebulan untuk aktiviti produktiviti. Pakej ini bermula dari 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022. 

Petugas berkongsi di page facebook PIK Ijok .

gambar disini

 

Tarikh  11 Oktober 2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

 

SS wasap laporan portal

Tujuan.

Pusat Internet Komuniti Pekan Ijok telah berkongsi laman sosial iaitu Whatsapp kumpulan penduduk setempat kawasan Pekan Ijok berkenaan Tips Elak Scam E-Dagang. Komuniti kini harus didedahkan dengan isu-isu semasa seperti penipuan di internet bagi mengelakkan mereka mudah ditipu. Scam E-Dagang adalah salah satu penipuan di internet yang melibatkan urusan jual beli antara penjual dengan pembeli. Masyarakat perlu tahu apa itu penipuan yang sering terjadi apabila membuat pembelian dalam talian.

Petugas berkongsi di page facebook PIK Ijok dan juga di whatsapp.

gambar disini

 

Tarikh  27 September - 1 Oktober 2021
Masa  9.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Dalam Talian (PIK Ijok)
Peserta Pengurus dan Penolong Pengurus

 

kursus M 2021 SEPT 1 OKTOBER

Tujuan.

Pihak MSD Digital telah mengadakan kursus latihan tahunan bagi petugas-petugas Pusat Internet Komuniti di beberapa daerah dan juga negeri dengan kerjasama TM. Kursus latihan ini diadakan bagi menambah baik cara kerja para petugas dan pengenalan baru kepada petuagas yang baru bertugas di PIK.  Petugas dan juga pihak sumber manusia berkongsi maklumat dan aktiviti di PIK. 

Petugas menyertai kursus bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

gambar disini

Tarikh  04,11 & 18/ 09 / 2021
Masa  2.00 petang dan 9.30 pagi
Lokasi Kelas Dalam Talian
Peserta 1 orang

 

 

kelasetuisyen

 

Tujuan

Seorang peserta telah mengikuti E-Tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. E-Tuisyen ini dijalankan secara dalam talian bagi memudahkan peserta mengikuti kelas tambahan walaupun berada di musim Covid-19 ini. E-Tuisyen ini dapat membantu peserta untuk mengulangkaji pelajaran mereka semasa PDPR. Peserta dapat belajar mengenali rakan lain yang berbeza sekolah dan juga latarbelakang. Selain itu, peserta juga dapat berkongsi kaedah pembelajaran yang betul bersama rakan-rakan lain serta guru-guru yang berkebolehan dalam sesi pembelajaran secara dalam talian. Peserta yang mengikuti program E-tuisyen ini dapat menambahkan lebih banyak pengetahuan dan cara pembelajaran yang berbeza serta lebih berdaya saing.

                                                                      • Petugas memberikan link kepada peserta untuk mengikuti kelas dalam talian dan menerangkan butiran mengenai subjek yang dipelajari.
                                                                      • gambar disini
Tarikh  20 September 2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

ss wasap group

Tujuan.

Pusat Internet Komuniti Pekan Ijok telah berkongsi tentang penyebaran berita palsu dilaman sosial. Penyebaran berita palsu perlu dihentikan kerana boleh menyebabkan terjadinya salah faham terutamanya bagi mereka yang terlalu taksub dengan berita-berita dalam talian tanpa selidik kebenaran sesuatu berita. Hal ini kerana, bukan semua berita di Internet adalah benar dan para pembaca perlu periksa dahulu dan pastikan dahulu sebelum sebarkan kepada orang lain.

Petugas berkongsi di page facebook PIK Ijok dan juga di whatsapp berkenaan penyebaran berita palsu, tidak pasti jangan kongsi.

gambar disini