Tarikh  3 Disember 2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

 

PERKONGSIAN FB KDB

Tujuan.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Ijok telah berkongsi berkenaan 3R iaitu Religion,Race dan Royalty. Perkara yang dikongsikan adalah rakyat Malaysia perlu bersikap matang dalam membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang boleh memecah belah perpaduan demi kemakmuran bersama. Oleh itu, mereka janganlah mudah terpedaya dengan apa jua kandungan yang boleh mencetuskan salah faham.

Petugas berkongsi segala info melalui platform media sosial.

gambar disini

Tarikh  19 November2021
Masa  9.45 pagi - 12 tengahari
Lokasi Pusat Internet Komuniti.
Peserta Usahawan tempatan dan petugas PIK.

 

 

gambar 1

Tujuan.

Program Intensif Keusahawanan (Ke Arah Keusahawanan Dalam Talian) adalah anjuran daripada kluster Kuala Langat dan Klang. Pusat Internet Komuniti Kanchong Darat adalah sebagai moderator bagi program tersebut dan peserta yang terlibat adalah dalam kalangan usahawan setempat dan juga para petugas PIK.Penceramah bagi program ini adalah Team Roadtax Online (TRON). Program ini menerangkan apa itu Perniagaan Online, Bagaimana untuk membuat Personal Branding, Mengenali asas Facebook Marketing, Mempelajari asas Whatsapp Marketing dan juga bagaimana untuk aplikasikan ilmu keusahawanan dalam urusan kehidupan.

Para petugas dapat mempelajari ilmu keusahawanan dan dapat menerapkan semula kepada para usahawan tempatan.

gambar disini

 

Tarikh  23/10/2021
Masa  9.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi Kelas Dalam Talian
Peserta 1 orang

 

kelasetuisyen

Tujuan

Seorang peserta telah mengikuti E-Tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. E-Tuisyen ini dijalankan secara dalam talian bagi memudahkan peserta mengikuti kelas tambahan walaupun berada di musim Covid-19 ini. E-Tuisyen ini dapat membantu peserta untuk mengulangkaji pelajaran mereka semasa PDPR. Peserta dapat belajar mengenali rakan lain yang berbeza sekolah dan juga latarbelakang. Selain itu, peserta juga dapat berkongsi kaedah pembelajaran yang betul bersama rakan-rakan lain serta guru-guru yang berkebolehan dalam sesi pembelajaran secara dalam talian. Peserta yang mengikuti program E-tuisyen ini dapat menambahkan lebih banyak pengetahuan dan cara pembelajaran yang berbeza serta lebih berdaya saing.

  • Petugas memberikan link kepada peserta untuk mengikuti kelas dalam talian dan menerangkan butiran mengenai subjek yang dipelajari.
  • gambar disini

 

Tarikh  9 November2021
Masa  9.00 pagi - 6 petang 
Lokasi Pusat Internet Pekan Ijok
Peserta Komuniti Setempat

 

 

share dlm group pik ijok

Tujuan.

Pusat Internet Komuniti Pekan Ijok telah berkongsi di Whatsapp berkenaan penggunaan media sosial secara positif dan beretika. Antaranya adalah gunakan untuk berkongsi pendapat dan sebagainya, elakkan bincang isu sensitif kepada rakan anda, sentiasa berikan harapan bukan ancaman dan pergaduhan boleh menyebabkan tekanan jiwa. Penerapan nilai murni sikap toleransi dan bertanggungjawab perlu sentiasa dipupuk dala mewujudkan sebuah masyarakat makmur dan sejahtera.

Petugas Pusat Internet Komuniti Ijok berkongsi di 'Group Whatsapp' dan juga di Facebook.

gambar disini

Tarikh  26 Oktober 2021
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Dalam Talian (PIK Ijok)
Peserta Pengurus dan Penolong Pengurus

 

 

townhall mcmc

Tujuan.

Para petugas Pusat Internet Komuniti telah mengikuti program yang telah dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Program tersebut adalah Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu program bagi mengumpulkan data dan juga maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan semakan kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Oleh itu, para petugas mengambil bahagian dalam latihan perundingan awam.Bahkan juga, ianya adalah salah satu usaha negara untuk mengukuhkan kawal selia kendiri dalam ekosistem kandungan Malaysia.

Para petugas mengikuti forum ini menggunakan paltform online zoom.

gambar disini