Tarikh | 07 Jun 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 11.00 petang |
Lokasi | Siaran Langsung Facebook Klik Dengan Bijak |
Peserta | Petugas PEDi dan orang awam |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengikuti Program Klik Dengan Bijak iaitu Berita Palsu Perosak Masyarakat. Berita palsu bukan hal baharu yang kita sedia maklum kerana berita palsu sering di terjadi dalam kalangan masyarakat. Hal ini adalah disebabkan oleh terdapat sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu tanpa selidik dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Terdapat kesan buruk yang akan diperolehi daripada berita palsu yang disebarkan.Bahkan pula, pelbagai isu dan juga perkara baru yang disampaikan oleh panel yang pastinya memberi banyak manfaat kepada semua peserta yang mengikuti program ini.
Petugas dapat mengikuti program ini dengan baik dan juga dapat menjawab kuiz yang menarik serta bermanfaat.
Tarikh | 28 Mei 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 12.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengadakan kelas ICT khusus buat pelajar sekolah rendah bagi kelas Asas Menaip Menggunakan Keyboard. Pelajar yang mengikuti kelas asas menaip ini adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang berumur 9-12 tahun. Kelas ini mengajar mereka untuk belajar menaip menggunakan keyboard dengan cara yang betul dan juga pantas. Selain itu, mereka juga belajar sambil bermain bertujuan untuk menguji minda dan juga ketangkasan menggunakan keyboard atau pun papan kekunci.
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta yang turut serta dalam kelas ini.
Tarikh | 12 Mei 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi di page facebook dan juga di whatsapp Pusat Internet berkenaan bagaimana untuk mengendalikan penipuan panggilan. Antaranya adalah jangan panik dan perlu bertenang, jangan mengikut arahan pemanggil, jangan dedahkan maklumat peribadi, cabar pemanggil untuk sahkan maklumat, tulis butiran pemanggil(nama dan nombor), putuskan panggilan, laporkan panggilan dan kongsi pengalaman dengan keluarga dan rakan.
Petugas berkongsi maklumat bersama penduduk setempat dan juga penduduk luar.
Tarikh | 20 Mei 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi di page facebook dan juga di whatsapp Pusat Internet berkenaan kekal selamat di media sosial. Hal ini kerana pada masa kini terdapat begitu ramai scammer atau pun penipuan dalam talian. Para pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan apa jua mesej dan panggilan yang mencurigakan.
Petugas berkongsi maklumat bersama penduduk setempat dan juga penduduk luar.
Tarikh | 6 Mei 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Pekan Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi di page facebook dan juga di whatsapp Pusat Internet berkenaan tips keselamatan wifi di rumah. Pengguna perlu menukar nama dan juga kata laluan,memadamkan rangkaian wifi jika tiada di rumah,mengaktifkan penyulitan rangkaian tanpa wayar untuk melindungi data rangkaian pengguna,menggunakan perisian dan memastikan perisian roater dikemaskini untuk keselamatan rangkaian internet di rumah.
Petugas berkongsi maklumat bersama penduduk setempat dan juga penduduk luar.