Tarikh | 13 Ogos 2022 |
Masa | 10 pagi - 12 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengadakan kelas ICT untuk pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelajar belajar bagaimana menggunakan komputer dan juga cara penggunaan internet. Pelajar di ajar menaip dan mencari aktiviti yang bersesuaian dengan mereka di internet. Mereka juga di ajar bagaimana menggunakan internet dengan cara yang betul.
Petugas telah berkongsi video Klik Dengan Bijak kepada para peserta yang mengikuti kelas ICT.
Tarikh | 8 Ogos 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi berkenaan panggilan palsu yang sering diterima oleh orang awam. Para scammer telah menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) untuk menipu orang ramai dengan membuat panggilan palsu kepada mereka. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang panggilan yang diterima.
Petugas berkongsi maklumat kepada penduduk setempat dan juga orang awam.
Tarikh | 1 Ogos 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi berkenaan Macau Scam iaitu penyamaran sebagai kenalan untuk memperdaya mangsa. Macau Scam mempunyai modus operandi dalam penipuan yang mereka lakukan. Macau Scam akan memperdaya mangsa bagi mengaut keuntungan dengan cara yang cepat dan mudah tanpa disedari oleh mangsa.
Petugas mempelajari perkara baru dan dapat berkongsi dengan komuniti setempat.
Tarikh | 6 Ogos 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Pelajar sekolah rendah |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengadakan kelas ICT berkenaan asas mempelajari Microsoft Word. Peserta yang mengikuti kelas ini adalah pelajar sekolah rendah. Mereka mempelajari bagaimana untuk menaip dan juga perkara-perkara asas Microsoft Word iaitu mengenal butiran yang terdapat di bar skrin Microsoft Word dan juga cara untuk menyimpan dokumen. Selain itu, peserta juga mengikuti kuiz secara dalam talian.
Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta.
Tarikh | 12 Julai 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Petugas PEDi |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengikuti Program Bicara Klik Dengan Bijak iaitu Membina Reputasi Digital. Program ini diseliakan oleh Ts.Md Tahir Musa iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti MCMC dan penceramah program ini adalah Ts Faizul Azlee iaitu Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Perak. Program ini memberikan banyak pengetahuan mengenai perkara yang perlu dilakukan apabila melibatkan perkara berkaitan pendigitalan dan juga penggunaan internet. Selain itu, peserta juga dapat mengikuti kuiz MyCyberGenius dan berpeluang memenangi barangan Klik Dengan Bijak.
Petugas mempelajari perkara baru dan dapat berkongsi dengan komuniti setempat.