Tarikh | 6 Julai 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi apakah tindakan utama yang perlu dilakukan oleh seorang individu apabila menjadi mangsa scam. Mangsa perlula melaporkan hal tersebut di balai polis yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya. Pihak polis akan membantu untuk mengesan scammer serta memberikan tindakan yang sepatutnya.
Petugas berkongsi pelbagai info berkenaan Klik Dengan Bijak.
Tarikh | 28 Jun 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Komuniti |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi berkenaan panggilan palsu dan juga sms scammer. Pada masa kini panggilan dan juga sms scam semakin berleluasa dan perkara ini perlu dibendung dengan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati.Orang ramai tidak perlu panik dan sentiasa berwaspada apabila menerima mesej atau panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
Petugas berkongsi pelbagai info berkenaan Klik Dengan Bijak.
Tarikh | 10 Jun 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 5 orang |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengadakan kelas ICT buat peserta berumur 7 hingga 12 tahun. Peserta mendapat pengetahuan berkaitan Internet dan juga apa itu Klik Dengan Bijak. Mereka juga telah berkongsi aktiviti yang diberikan oleh petugas dan saling bertukar pandangan.
Petugas berkongsi pelbagai info yang bersesuaian dengan peserta.
Tarikh | 18 Jun 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | 5 orang |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengadakan kelas teka silang kata secara bertulis dan juga dalam talian. Peserta telah menjawab teka silangkata dengan baik serta saling bekerjasama untuk menjawab teka silangkata yang diberi.
Petugas berkongsi pelbagai info berkenaan Klik Dengan Bijak dan juga memberikan penerangan mengenai teka silangkata yang diberi.
Tarikh | 13 Jun 2022 |
Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | PEDi Ijok |
Peserta | Orang Awam |
Tujuan.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi mengenai peralatan komunikasi dan wayarles perlu mempunyai label MCMC. Tujuan utama label MCMC adalah untuk memastikan keselamatan, kesalingbolehkendalian dan tiada gangguan frekuensi. Orang ramai atau pengguna alat komunikasi perlu ketahui bahawa label MCMC sangat penting apabila menggunakan sebarang alat komunikasi.
Petugas PEDi berkongsi maklumat yang penting berkenaan Check Your Label bagi memastikan orang ramai tidak melakukan kesilapan dalam pembelian alat komunikasi.