Tarikh | 29 Mac 2022 |
Masa | 8.00 - 6.00 petang |
Lokasi | Geno Hotel Shah Alam |
Peserta | Petugas PEDI |
Tujuan.
Petugas PEDi Ijok telah mengikuti Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Negeri Selangor Tahun 2022. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Selangor (SSO). Program ini bertujuan untuk perkongsian maklumat dan percambahan minda dalam aktiviti berkaitan dengan usahawan.
Petugas PEDi kini tidak lagi hanya tertumpu pada pengendalian teknologi maklumat dan komunikasi malahan mengevolusikan peranan dan tanggungjawab sebagai agen transformasi dalam meningkatkan sosial ekonomi penduduk setempat.