Tarikh 

29 September 2022

Lokasi PEDi Ijok
Peserta 2 orang

 

 

 

KELAS SHOPEE USAHAWAN IJOK 29SEPT2022

Tujuan.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengadakan latihan keusahawanan buat para peniaga yang ingin meluaskan perniagaan mereka melalui platform digital. PEDi Ijok mempunyai seorang Rakan Digital iaitu yang bertanggungjawab untuk membantu para usahawan memasarkan produk mereka melalui pemasaran secara digital atau dalam talian. Antara saluran digital tersebut adalah menggunakan Shopee. Mereka diajar bermula dengan asas shopee seperti membuat akaun shopee penjual.

Petugas memberi latihan berkenaan saluran digital yang perlu dipraktikan oleh para usahawan setempat.

gambar di sini

 

Tarikh  19 September 2022
Lokasi Aplikasi Whatsapp Group PEDi Ijok
Peserta Komuniti

 

 

Screenshot 2022 09 19 120837

Tujuan.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi berkenaan perkara yang perlu dilakukan untuk melindungi diri daripada terkena panggilan scammer. Jangan mudah percaya dengan panggilan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali.

Petugas berkongsi cara yang perlu dilakukan untuk melindungi diri daripada scammer.

gambar di sini

 

 

 

Tarikh  5 September 2022
Masa  9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi PEDi Ijok
Peserta Komuniti

 

 

Screenshot 2022 09 05 093633

Tujuan.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi berkenaan Proses Pengantunan Oleh Pemangsa kepada komuniti setempat. Kanak-kanak perlu dilindungi  dalam talian dan awasi mereka daripada risiko pengantunan seksual dalam talian. Pemangsa akan meraih kepercayaan daripada mangsa,menyuruh mangsa untuk merahsiakan perhubungan,mengugut mangsa,memanipulasi mangsa dan pemangsa akan memenuhi keperluan mangsa.

Petugas berkongsi kepada komuniti supaya mereka dapat menasihati anak-anak mereka agar berhati-hati dengan sesiapa sahaja.

gambar di sini

 

 

 

Tarikh  12 September 2022
Masa  9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi PEDi Ijok
Peserta Komuniti

 

 

ss checkyourlabel

Tujuan.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah berkongsi berkenaan peralatan komunikasi dan wayarles yang mempunyai label MCMC. Para pengguna perlu memastikan semua peranti atau peralatan komunikasi mestilah mempunyai label MCMC supaya selamat digunakan. 

Petugas berkongsi kepada komuniti supaya mereka perlu cakna dan sentiasa membuat pemeriksaan terhadap peralatan komunikasi.

gambar di sini

 

 

Tarikh  20 Ogos 2022
Masa  10 pagi - 12 tengahari
Lokasi PEDi Ijok
Peserta Pelajar Sekolah Rendah

 

 

6

Tujuan.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi ) Ijok telah mengadakan kelas ICT untuk pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelajar belajar membuat slide menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta yang mengikuti kelas ini belajar bagaimana untuk menaip,memasukkn gambar dn juga mengenal perincian di bar home Microsoft Powerpoint. Selain itu, mereka juga menjawab kuiz dalam talian dengan mengira kepantasan masa untuk menjawab. 

Petugas memberi tunjuk ajar cara penggunaan dan juga memberi pengenalan berkenaan Microsoft Powerpoint.

gambar di sini