Nama |
Mohd Kamaruddin b Ahmad Nidzam |
Umur | 23 Tahun |
Latar Belakang
Encik Kamaruddin bin Ahmad Nidzam merupakan seorang pekerja swasta dan mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan. Beliau mula membuat perniagaan secara online menjual produk kosmetik nutox bersama isteri beliau untuk menambah pendapatan sampingan keluarga bermula tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menjual produk kosmetik nutux beliau hanya menghebahkan produk tersebut melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan sekerja , saudara-mara dan penduduk kampong berdekatan rumah beliau.Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar jualan produk kosmetik nutux lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang. Sebelum ini beliau berniaga melalui pesanan mulut ke mulut dan promosi menggunakan risalah sahaja.Beliau juga menjadikan isteri beliau sebagai testimoni menggunakan produk kosmetik nutux untuk menarik minat pelanggan. Beliau telah didedahkan dengan promosi melalui facebook, Instagram, whatsapp dan pengedaran risalah dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang telah diberikan beliau mula membuat iklan di facebook, Instagram, whatssap dan sebagainya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet (PI) untuk mempromosikan produk terbaru kosmetik nutux dan diskaun serta harga tawaran terbaru ke dalam facebook . Maklumbalas dari pengguna dan pembeli adalah baik sekali dan sekaligus pelanggan untuk membeli produk nutux daripada beliau. Testimoni pelanggan yang di muat naik di laman facebook beliau banyak meningkatkan kepercayaan pembeli lain untuk mencuba dan membeli produk beliau. Kini beliau banyak menggunakan media massa untuk mempromosikan produk nutox jualan beliau kerana ia lebih banyak menguntungkan dan memberi kepuasan yang maksimum.
http://ijok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/296-keusahawanan-q2-2019-agent-produk-kosmetik-nutox#sigFreeId3c43df1298
____________________________________________________________________________________________________