Nama 

Nurul Khusna binti Nordin

Umur  20 Tahun
 

 

Latar Belakang

Princess Cookies nama diberi oleh Cik Nurul Khusna untuk nama perniagaannya. Cik Nurul Khusna menetap di Ijok. Beliau merupakan usahawan separuh masa yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Mulanya sekadar ingin mengisi masa yang terluang, kini ianya menjadi sumber pendapatan buat beliau.Beliau memulakan perniagaan selepas tamat peperiksaan STPM.Perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan dirumah yang bermula sebagai hobi membuahkan hasil.Produk beliau iaitu Princess Cookies yang merupakan biskut coklat yang rangup sebagai makanan kudapan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pada mulanya, pendapatan yang diperolehi oleh Cik Nurul Khusna hanya sekadar RM300 sahaja sebulan.Ini bergantung kepada musim perayaan dan musim kenduri. Beliau memperkenalkan perniagaan biskut coklatnya itu hanya kepada keluarga terdekat dan saudara mara terdekat dengan memberi “tester” terlebih dahulu. Beliau akui cabaran dan risiko untuk memulakan perniagaan adalah untuk mencari pelanggan. 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Ijok, beliau banyak mempelajari perkara asas yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500-RM700 sebulan.Dengan maklum balas yang positif daripada saudara mara terdekat dan sokongan dari ahli keluarga, Cik Nurul Khusna cuba untuk memperkenalkan biskut coklatnya melalui media sosial di Facebook, Instagram dan WhatsApp Group. Pada saat itu, beliau melihat perniagaan biskut coklatnya mula berkembang dan mempunyai pelanggan yang tetap.