Nama 

Nur Azeera Binti Azhar

Umur  25 Tahun
 

 

Latar Belakang

Zeedanlicious Brownies nama diberi oleh Puan Azeera untuk nama perniagaannya. Puan Azeera menetap di Bukit Sentosa. Beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan mempunyai seorang anak. Dengan minat yang ada pada dirinya untuk berniaga, beliau mengambil peluang untuk mempelajari membuat brownies. Bukan itu sahaja, malah beliau berniaga untuk membantu suaminya dengan menambah pendapatan sampingan.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pada mulanya, Puan Azeera memperkenalkan perniagaan browniesnya itu hanya kepada keluarga terdekat dan saudara mara terdekat dengan memberi “tester” terlebih dahulu. Beliau akui cabaran dan risiko untuk memulakan perniagaan adalah untuk mencari pelanggan. Dengan maklum balas yang positif daripada saudara mara terdekat dan sokongan dari ahli keluarga, Puan Azeera cuba untuk memperkenalkan browniesnya melalui media sosial di Facebook, Instagram dan WhatsApp Group. Pada saat itu, beliau melihat perniagaan browniesnya mula berkembang dan mempunyai pelanggan yang tetap.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah melihat peningkatan pada perniagaan browniesnya, beliau tidak melepaskan peluang menarik perhatian pelanggannya dengan mendekorasi browniesnya dengan pelbagai corak yang menarik. Bukan itu sahaja, malah Puan Azeera mendapat permintaan daripada pelanggannya untuk membuat brownies untuk hiasan sempena hari kelahiran, pertunangan dan sebegainya. Dengan adanya testimoni yang sangat positif daripada pelanggannya, perniagaan brownies beliau semakin mendapat perhatian daripada orang ramai. Selain itu, beliau juga membuat perkhidmatan cash on delivery untuk kawasan terdekat.

____________________________________________________________________________________________________