ANDA INGIN MERASA MAKAN TERBAIK DI KUALA SELANGOR ?
APA NAMA TAMPAT ITU ?
DIMANA ?
.
.
.
ANTARA RESTORAN TERBAIK DI KUALA SELANGOR
CENDOL BAKAR
Terletak di Kg Asam Jawa, Kuala Selangor. Gerai ini menjadi tarikan utama pengunjung yang datang ke Kuala selangor disebabkan keunikan pada cendol itu sendiri, membuatkan lagi pelanggan tertanya-tanya. Dengan rasanya yang tidak terlalu manis, ia amat sesuai untuk dinikmati tidka kira umur. Tidak pernah lekang dikunjungi penggan walaupun sehari, cendol bakar ini sentiasa menjadi buruan ramai lagi-lagi pada cuaca sekarang ini yang agak panas.
Gerai Cendol Bakar juga bukan hanya menjual satu jenis cendol, malah pelbagai jenis yang boleh dirasai oleh pengunjung dengan rasanya yang unik dan harga yang berpatutan. Bertambah uniknya Gerai Cendol Bakar ini, terdapat "Drive Thru" yang disediakan bagi pengunjung yang tiada kesempatan masa.
Bagi sesiapa yang belum mencuba Cendol Bakar ini, anda patut cuba. kenikmatan yang pasti tidak akan dilupakan !
"Drive Thru"
RESTORANT DE'CORAL
Restoran De'Coral yang bertempat di Pasir Penambang Kuala Selangor ini sememangnya menjadi salah sebuah restoran tumpuan orang ramai. di mana ia menyajikan pelbagai aneka makanan yang semestinya lazat dan memuaskan. Makanan seafood menjadi pilihan utama kebanyakan orang ramai. Tidak kira berkeluarga besar mahupun kecil, pun turut hadir untuk menikmati makanan yang ada ketika lapar dengan harga yang berpatutan. berkonsepkan restoran atas air, Restoran ini juga menyajikan anda dengan pemandangan air sungai dengan bunyi-bunyian deruan air. memang bestlahh !
Tom Yam Seafood
Siakap 3 Rasa
Sotong Goreng Tepung
Restoran De'Coral
RESTORAN AROMA IKAN BAKAR
Terletak di Jeram, Kuala selangor. Aroma ikan bakar bukan lagi nama asing. Ada banyak komen mengenainya. Ia lokasi makanan laut yang dikenali ramai. Lebih-lebih lagi kedudukannya yang berhadapan dengan laut, akan memikat hati pengunjung yang ingin yang ingin makan sambil melihat matahari terbenam.
Seperti biasa, waktu malam atau waktu makan malam adalah waktu paling sibuk. Kerana itu, layanan terhadap pelanggan agak terkkesan. Begitu juga dengan mutu makanan. Waktu siang seperti sleepas waktu makan tengahari adalah waktu terbaik kerana anda tidak perlu berebut meja dan menungu lama