Ijok adalah mukim dalam Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Ia terletak di sepanjang laluan Persekutuan. Pekan Ijok dalam erti kata lain, 'Bandar Koboi' sesuai dengan sekelilingnya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan. Berdasarkan nama 'Ijok', ada yang mengatakan nama Ijok itu bukanlah berasal daripada pokok ijok. Namun pokok ijok tidak wujud sama sekali. Malah ia hanyalah rekaan semata-mata.

Oleh itu, dari manakah datangnya nama 'Ijok' tersebut ?

mengikut kata-kata warga tua tempatan, Ijok berasal dari perkataan Jawa iaitu Hijau. Sebutannya telah berubah secara beransur-ansur sehingga menjadi 'Ijok'. Mengikut catatan sejarah, orag Jawa dari Indonesia telah berhijrah sejak tahun 1900-an lagi. Penerokaan Ijok juga berkait rapat dengan orang Jawa. justeru, orang Melayu disini adalah sebahagian besarnya stok jawa dan mendakwa nenek moyang mereka dari Indonesia. 

Selain itu, sebutan Ijok dalam bahasa Cina juga jelas sekali dipengaruhi oleh orang Cina berketurunan Hokkien. Orang Cina turut menggelar tempat ini sebagai Batu 30 disebabkan jaraknya dari Kuala Lumpur melalui Jlan Kepong adalah 30 Batu. Tanak perkuburan Cina yang terletak sebelum 2 batu sebelum Ijok turut disebut batu 28. Kg Baru Ijok mempunyai 1255 orang penduduk semasa ia ditubuhkan dan turut tidak ketinggalanh kebanyakan dari mereka merupakan orang Hokkien yang datang dari Wilayah Anxi, Yong Chun dan Hui An. Turut dipercayai, teradapat juga sebahagian pendatang Cina yang bekerja di lombong-lombong bijih timah di Batnag Berjuntai dan akhirnya telah berpindah semula ke Ijok.

Sebagai pengetahuan tambahan, Keladi di Ijok diberi nama sebagai Keladi Kelang. Ini kerana Kampung Ijok dikenali pada masa itu dan menjadi tanaman utama bagi kesemua penduduknya. tetapi, lama-kelamaan kepesatan penanaman Keladi terjejas ekoran kejatuhan harga yang rendah.