Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ijok ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu. JKKK Kampung Ijok beberapa ahli yang menguruskan organisasi ini sebagai sebuah organisasi perantaraan antara penduduk kampung dan kerajaan. Antara matlamat penubuhan JKKK Kampung Ijok ialah mengubah kampung tradisi kepada sebuah kampung moden, melahirkan insan rabbani, madani serta mewujudkan kampung yang maju, menarik dan membangun. Berteraskan cogankata 'Kampung Kita, Tanggungjawab Kita', ahli JKKK serta penduduk kampung ini turut berusaha menaik taraf pendidikan anak-anak kampung serta ekonomi penduduk.

Selain berusaha memajukan kampung, JKKK juga tidak mengabaikan hubungan baik antara penduduk melalui penganjuran pelbagai aktiviti atau program kemasyarakatan. Program-program sambutan Israk Mikraj, sambutan bulan kemerdekaan dan Majlis Mesra Rakyat sering dianjurkan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).