Tarikh | 01 September 2024 |
Masa | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | NADI Pekan Ijok |
Peserta | Pelajar |
Tujuan
Pelajar sekolah telah membuat latihan menaip dengan menggunakan microsoft word. Latihan ini bertujuan untuk melatih pelajar menaip dengan pantas dan betul setiap perkataan yang keluar. Ketangkasan menaip dapat mempercepatkan kerja-kerja menaip dan menjimatkan masa.
Petugas memberikan tunjuk ajar dengan baik.
Tarikh | 18 Ogos 2024 |
Masa | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | NADI Pekan Ijok |
Peserta | Pelajar |
Tujuan
Pelajar sekolah telah mengikuti Program Semarak Merdeka yang dianjurkan oleh NADI Pekan Ijok. Program ini bagi mengingatkan golongan kanak-kanak supaya bersifat patrioritik terhadap negara Malaysia dan faham erti kemerdekaan. Salah satu aktivitinya adalah membuat poster bertemakan hari kemerdekaan dan hari malaysia. Peserta dapat berfikir untuk mencipta poster mengikut kreativiti mereka.
Petugas memberikan tunjuk ajar dengan baik.
Tarikh | 4 Ogos 2024 |
Masa | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | NADI Pekan Ijok |
Peserta | Pelajar |
Tujuan
Pelajar sekolah telah mengikuti kelas e-learning bagi subjek Bahasa Inggeris. Pelajar menjawab kuiz yang diberikan bagi mengulangkaji subjek Bahasa Inggeris dan ini dapat membantu pelajar untuk menambahkan kemahiran dalam penggunaan papan kekunci dan juga tetikus.
Petugas memberikan tunjuk ajar dengan baik.
Tarikh | 17 Ogos 2024 |
Masa | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | NADI Pekan Ijok |
Peserta | Pelajar |
Tujuan
Pelajar sekolah telah mengikuti Program Semarak Merdeka yang dianjurkan oleh NADI Pekan Ijok. Program ini bagi mengingatkan golongan kanak-kanak supaya bersifat patrioritik terhadap negara Malaysia dan faham erti kemerdekaan. Salah satu aktivitinya adalah membuat bakul merdeka.Para pelajar mewarna template yang diberikan dan menggunting mengikut bentuk dan mencantumkannya menjadi bakul kertas.Pelajar dapat berfikir dan melatih jari jemari dalam pergerakan yang dilakukan.
Petugas memberikan tunjuk ajar dengan baik.
Tarikh | 3 Ogos 2024 |
Masa | 10.00 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | NADI Pekan Ijok |
Peserta | Pelajar |
Tujuan
Pelajar sekolah telah mengikuti kelas ict iaitu bagaimana untuk membuat poster menggunakan canva. Canva adalah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk merekacipta poster dengan template yang pelbagai jenis.Pelajar dapat melatih diri menggunakan papan kekunci dan juga mengasah bakat untuk mencipta poster hasil kreativiti sendiri.
Petugas memberikan tunjuk ajar dengan baik.