Tarikh | 10 / 3 / 2018 |
Masa | 9.00 pagi - 4.00 petang |
Lokasi | Pusat Internet Pekan Ijok |
Peserta | 112 orang |
Tujuan
Seramai 112 orang pengunjung yang menghadiri program ini yang terdiri daripada semua golongan. Tujuan program ini diadakan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Digital Intelligence Sdn Bhd iaitu kemudahan capaian internet dan kemudahan lain yang disediakan di Pusat Internet Pekan Ijok
Aktiviti
- Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya mewarna, kuiz ict, origami, video menarik, pertandingan mykomuniti, myplace, myshop dan penghasilan video serta suntingan imej. Antara agensi yang terlibat adalah KWSP dengan menawarkan perkhidmatan semakan kelayakan I-Suri, pendaftaran I-Suri -Saraan, pendaftaran penamaan, I-Akaun dan pertanyaan pengeluaran. Selain itu, KOSPEN KRT Ijok juga membantu dalam pemeriksaan kesihatan percuma. Usahawan dan peniaga online juga terlibat sama menjayakan program tersebut.
_______________________________________________________________________________________________________________
Tarikh | 7 / 3 / 2019 |
Masa | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | Pusat Internet Pekan Ijok |
Peserta | 7 orang |
Tujuan
Seramai 7 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta dewasa. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi ilmu pengetahuan tentang penggunaan internet. Dengan adanya latihan tersebut, peserta dapat mengetahui tentang pendaftaran sekolah rendah dalam talian. Selain itu, memberi pemahaman mengenai cara cara membuat pendaftaran dalam laman web.
Aktiviti
- Mengajar peserta membuat pengguna baru untuk mendaftar persekolahan. Selain itu, peserta diberi tunjuk ajar cara-cara mendaftar persekolahan secara dalam talian di laman web dengan betul.
_______________________________________________________________________________________________________________
Tarikh | 2 / 3 / 2019 |
Masa | 3.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | Pusat Internet Pekan Ijok |
Peserta | 4 orang |
Tujuan
Seramai 4 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta sekolah menengah dan peserta sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan untuk membuat teka silang kata. Dengan adanya latihan tersebut, dapat menguji kemampuan peserta dengan meningkatkan kemahiran berfikir. Selain itu, memupuk sikap daya saing antara peserta.
Aktiviti
- Peserta disediakan kertas teka silang kata dan peserta perlu mengisi ruangan jawaban yang disediakan dengan betul
_______________________________________________________________________________________________________________
Tarikh | 6 / 3 / 2019 |
Masa | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | Pusat Internet Pekan Ijok |
Peserta | 1 orang |
Tujuan
Seramai 1 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta dewasa. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta dan memberi penerangan untuk membuat gmail baharu. Dengan adanya latihan tersebut, peserta dapat mempelajari untuk membuat email dan mengetahui cara untuk menggunakan email dengan betul. Selain itu, memudahkan urusan kerja peserta untuk menghantar dan menerima email.
Aktiviti
- Peserta diberi penerangan tentang email. Kemudian peserta di ajar cara cara untuk membuat gmail yang baharu. Setelah selesai membuat emai, peserta diberi penerangan pula cara untuk menghantar email, attach file dan sebagainya
_______________________________________________________________________________________________________________
Tarikh | 17 / 2 / 2018 |
Masa | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | Pusat Internet Pekan Ijok |
Peserta | 7 orang |
Tujuan
Seramai 7 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada peserta sekolah menengah dan peserta sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan untuk mencari gambat tersembunyi dengan menggunakan petunjuk perkataan dalam Bahasa Inggeris. Dengan adanya latihan tersebut, dapat menguji minda dan ketajaman penglihatan peserta dalam mencari gambar tersembunyi. Selain itu, dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam perkataan Bahasa Inggeris untuk mencari gambar tersembunyi.
Aktiviti
- Peserta perlu membuka laman web (cari benda tersembunyi) untuk memulakan aktiviti. Peserta diberikan petunjuk melalui perkataan dalam Bahasa Inggeris untuk mencari gambar tersembunyi. Selain itu, dalam aktiviti tersebut telah tersedia tempoh masa untuk mencari gambar tersebut.
_______________________________________________________________________________________________________________