Tujuan

Seramai 6 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai asas-asas ict dan komputer serta kesedaran penggunaan komputer yang baik. Selain itu, menguji minda perserta mengenai komputer dan mendapat sijil penilaian Digital Competency Score. Dengan adanya latihan tersebut, dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan dapat menguji minda peserta mengenai kefahaman mengenai komputer dan kesedaran penggunaan yang bijak dalam melayari internet. Selain itu, dapat mempreolehi ilmu yang tidak pernah dipelari melalui soalan-soalan yang mencabar dan dapat meningkatkan kemahiran menjawab soalan dan berfikiran secara kreatif.

 

Aktiviti 

                                                        • Peserta membuka laman web untuk menjawab soalan-soalan komputer. Selain itu, peserta menjawab soalan mengenai komponen-komponen komputer, cara penggunaan komputer yang betul, cara penggunaan internet yang betul, kesedaran bulisiber, scam dan sebagainya.
                                                        Peserta juga perlu berfikir dan memberi tumpuan penuh bagi menyelesaikan masalah komputer dan menyelesaikan soalan tangram.

 

Gambar disini

_____________________________________________________________________________________________________________

 
Tujuan

Seramai 6 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk menjawab soalan kuiz mengikut matapelajaran dan untuk mengulangkaji pelajaran yang dipelajari di sekolah. Dengan adanya latihan tersebut, dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan peserta dapat mengulangkaji pelajaran untuk menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran berfikir dengan menjawab soalan kuiz.

 

Aktiviti 

                                                      • Peserta dikehendaki untuk menjawab kuiz dan peserta perlu membuka laman web Quizizz untuk memilih matapelajaran untuk soalan kuiz. Selain itu,
                                                      menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan.

 

Gambar disini

______________________________________________________________________________________________________________

 
Tujuan

Seramai 4 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai kementerian yang menguruskan sukan di Malaysia dan mendapat maklumat terkini mengenai sukan-sukan di Malaysia. Dengan adanya latihan tersebut, dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan dapat mengetahui aktiviti sukan dan trending sukan di Malaysia serta program dan perkhidmatan yang terdapat di kementerian sukan.

 

Aktiviti 

                                                      • Peserta diberi arahan untuk mencari maklumat penting di portal sukan ini. Peserta mendapat maklumat mengenai program yang diadakan seperti Fitmalaysia dan Hari Sukan Negara dan sebagainya. Dan juga perkhidmatan seperti E-belia, Pendaftaran Badan  Sukan Dan IKBN.

 

Gambar disini

______________________________________________________________________________________________________________

 
 
Tujuan

Seramai 1 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk mempelajari membuat video mudah menggunakan Movie Maker dan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar untuk membuat suntingan video mengikut kreativiti sendiri. Dengan adanya latihan tersebut, dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Movie Maker dengan membuat aktiviti suntingan video. Selain itu, pelajar dapat mempelajari cara-cara membuat intro dan memasukkan gambar serta audio ke dalam video.

 

Aktiviti 

                                                    • Pelajar di beri penerangan terlebih dahulu penggunaan Movie Maker dan pelajar dikehendaki untuk membuat aktiviti suntingan video.

 

Gambar disini

______________________________________________________________________________________________________________

 
Tujuan

Seramai 3 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai asas penggunaan internet. Pelajar diberi pendedahan dan penerangan tentang kelebihan dan kekurangan internet. Dengan adanya latihan tersebut, dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan meluaskan pemikiran dan menguasai komputer serta internet dengan lebih baik. Selain itu, dapat menjimatkan masa dan kos untuk mencari maklumat kajian.

 

Aktiviti 

                                                    • Pelajar diberi penerangan mengenai laman web yang mempunyai maklumat yang betul. Pelajar diberi tunjuk ajar mencari maklumat melalui internet seperti jurnal, surat khabar dalam talian, dan sebagainya. Selain itu, pelajar diberi tunjuk ajar untuk “copy & paste “ maklumat serta menyimpan maklumat untuk dijadikan rujukan..

 

Gambar disini

______________________________________________________________________________________________________________