Tarikh | 19/04/2021 |
Masa | Tiada ketetapan |
Lokasi | Dalam Talian |
Peserta | Komuniti Setempat |
Tujuan.
Klik dengan bijak adalah advokasi untuk disebarkan kepada komuniti untuk memberi kesedaran tentang tips berkomunikasi di Internet. Tips ini perlu diterapkan dalam diri komuniti supaya sentiasa berhati-hati ketika berkomunikasi di media sosial dan tidak menyalah gunakan kemudahan yang telah disediakan. Komunikasi yang baik dapat mengelakkan pelbagai perkara negatif seperti buli siber dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
Petugas menerangkan tentang tips berkomunikasi di Internet kepada komuniti setempat untuk langkah-langkah pencegahan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini di dalam masyarakat.